Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf di atas kelewatan pengumuman semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Untuk makluman semua, UTC Pahang akan kembali beroperasi pada Isnin 15 Jun 2020 dengan waktu operasi yang baharu iaitu:
Isnin - Jumaat 8.00 pagi hingga 9.00 malam
* Urusan di kaunter agensi dari jam 8.00 pagi hingga jam 8.30 malam
** Hanya 5 agensi hingga jam 9.00 malam iaitu Klinik Kesihatan UTC Pahang, Klinik Pergigian UTC Pahang, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan
Sabtu dan Ahad 8.00 pagi hingga 5.00 petang
* Urusan di kaunter agensi dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang Walaubagaimapun , sebagai langkah keselamatan, butiran pengunjung termasuk bacaan suhu badan akan diambil sebelum memasuki premis UTC Pahang. Semoga kita semua dilindungi-Nya.
Commentaires