top of page
Logo UTC PAHANG.png

Pengenalan UTC Pahang

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

​

Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta. Secara umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.

UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs.

​

Pusat Transformasi Bandar (UTC) menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor Swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan. Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai peneraju utama UTC di seluruh negara.
UTC dan RTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program Kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada Rakyat.

 

UTC Pahang adalah salah satu daripada 21 UTC sejak dizahirkan penubuhannya dan mula beroperasi pada 1 April 2013. UTC Pahang menempatkan pelbagai Agensi Persekutuan, Agensi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Agensi Swasta dan  berfungsi sebagai pusat sehenti  yang menawarkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.


Sebanyak 46 kementerian/agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun serta NGO telah membuka kaunter di UTC Pahang berlandaskan 10 kluster berikut:

​

  • Perkhidmatan Guna Sama Kerajaan

  • Perkhidmatan Kesihatan

  • Perkhidmatan Keselamatan

  • Perkhidmatan Latihan, Pendidikan dan Pekerjaan

  • Pembangunan Usahawan dan Peluang Perniagaan

  • Pusat Aktiviti Belia

  • Perkhidmatan Kebajikan

  • Perkhidmatan Utiliti

  • Perkhidmatan Perbankan

  • Perkhidmatan NGO

bottom of page